Blogger Templates

Saturday, 19 November 2011

beza aNtARa ciNta & SeraSi

mari kita bace tok pengetahuan kita sendri tok msa hdup kita ni :D

Salah satu alasan paling umum mengapa kita berkahwin adalah kerana cinta – cinta romantik, bukan cinta monyet, yang biasa kita alami sebagai permulaan ke perkahwinan. Cintalah yang meyakinkan kita untuk melangkah bersama masuk ke mahligai perkahwinan. Masalahnya adalah, walaupun cinta merupakan suatu daya yang sangat kuat untuk menarik dua individu, namun ia tidak cukup kuat untuk mengeratkan kedua-duanya. Semakin hari semakin bertambah keyakinan saya bahawa yang diperlukan untuk mengeratkan kita dengan pasangan kita adalah keserasian, bukan cinta. Cinta biasanya mengandungi satu komponen yang umum iaitu rasa suka. Rasa suka muncul kerana kita menemukan yang kita sukai pada dirinya. Serasi dan suka bukan identiti namun sering dianggap demikian. Tatkala kita mencintai seseorang, sebenarnya kita terlebih dahulu menyukainya, dalam pengertian kita suka dengan ciri tertentu pada dirinya. Rasa suka yang besar (yang akhirnya berpuncak pada cinta) akan menutupi rasa tidak suka yang lebih kecil dan -- ini yang penting -- cenderung menghalau ketidakserasian yang ada di antara kita. Di sinilah terletak masalah awal. Ini yang sering kali terjadi dalam masa bercinta. Rasa suka meniup pergi ketidakserasian di antara kita, bahkan pada akhirnya kita beranggapan atau berkhayal bahawa rasa suka itu identiti dengan keserasian. Kita kadang berfikir atau berharap, "Saya menyukainya, bererti saya (akan) serasi dengannya." Salah besar! Suka tidak sama dengan serasi; cinta tidak berkaitan dengan serasi! Oleh itu, kita mungkin mencintai seseorang yang sama sekali tidak serasi dengan kita. Pada waktu Tuhan menciptakan Hawa untuk menjadi isteri Adam, Ia menetapkan satu kriteria yang khusus dan ini hanya ada pada penciptaan isteri manusia, yakni, "Aku akan menjadikan penolong baginya, yang sepadan dengan dia." (Kejadian 2:18). Kata "sepadan" dapat kita ganti dengan kata "cocok." Tuhan tidak hanya menciptakan seorang wanita buat Adam yang dapat dicintainya, Ia sengaja menciptakan seorang wanita yang serasi untuk Adam. Tuhan tahu bahwa untuk dua manusia bisa hidup bersama mereka harus serasi. Menarik sekali bahwa Tuhan tidak mengagungkan cinta (romantik) sebagai prasyarat pernikahan. Tuhan sudah memberi kita petunjuk bahwa yang terpenting bagi suami dan istri adalah keserasian. Ironinya adalah, kita telah menggeser hal esensial yang Tuhan tunjukkan kepada kita dengan cara mengganti kata "serasi" dengan kata "cinta." Tuhan menginginkan yang terbaik bagi kita; itulah sebabnya Ia telah menyingkapkan hikmat-Nya kepada kita. Sudah tentu cinta penting, namun yang terlebih penting ialah, apakah ia serasi denganku? Saya teringat ucapan Norman Wright, seorang pakar keluarga di Amerika Syarikat, yang mengeluhkan bahawa dewasa ini orang lebih banyak mencurahkan waktu untuk menyiapkan diri memperoleh ijazah dibanding dengan mempersiapkan diri untuk memilih pasangan hidup. Saya kira kita telah termakan oleh motto, "Cinta adalah segalanya," dan melupakan fakta di lapangan bahawa cinta (romantik) bukan segalanya. Jadi, kesimpulannya ialah, cintailah yang serasi dengan kita!




Tuesday, 15 November 2011

apA biKiN Ini tiMe,,

wah,, panas2,, hot2x,, hahaa semntara nk tunggu masok klas aku sempat lagi nk update sesawang yg penuh lam belog nih,,, hhaa..  mau bersih2 kan la.. tompang lalu okeyh,, :D (alayh minah kecoh ni, belog sndri nk mnx kebenran org lain lagi knp? issh,, ~ngee )..
aryni kat kolej aku ad event ape ntah under MAYC, and ada arts jemputan datg,..4teen, korang knal kan?? haha mesty la korng kenal,, aku je x bep nak minat,, hahaha degr je dari lua event tu kat lua.. haha.. aku bertemankn dengan kawan aku.. teahh.. kami tunggu kawan2 lain klua dri zuhal hall.. haha.. tau ke zuhal hall tu ape? haha tu la dewan kami, dewan MCS.. hahaa... xbpe nk luas sangtlakan.. hahhaa "kan..kan,," xpernkh nak tnggal.. kuekk.. hahaa.. so, aku saje je nk updte beloh ni., sebb x tau nk uat ape kan.. k la.. dorang da kua ni., so, aku pon nak tnggu nk masok klas plak.. jangn lupa ya nurul, klas ad kol 2 ni... hahah peringatan dri sndri.. hahaha almaklumlah.. da nak final kan.. so kne la rajin2 uat revision.. xmo nk melepak manjang je.. t da nk masok part 4 da.. adui.. kjap je rse nye kan,,
hahhaha .. ape lej uat da tanggungjawab sebgai seorg stdent.. cheewahh ayat, xleh blah... hahaha :P .. k la.. t aku celoteh lagi... k kawan2... muuaah.. 2x,,  :)

Tuesday, 1 November 2011

gmbr2.. tingTOng






                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                       Jeng3x,,,
ha ni lah keja aku slama ni.. bukn keja bodoh au,(mmbazir masa) tp boleh dickp at sni,hobi aku.. hhe :D waktu boring, inilah kerja aku, da xde kerja len da ,.. hehe.. best2, stabilkan mood dengan mengedit gmbar.. ok per.. :D

tinGTOng..

hhaha.. still ngan ini belog la.. xjadi nk uat yg bru.. ngengadekan aku nih., (^_^) wah. mnggu ni macm2 nak kna hantr.. dngn assigmnt agi,. presentation.. huhu.. lpas tu? FINAL EXAM plak.. mmg terbaek la.. :D ape2 pon aku akn try sebaik yg mungkin,. walaupon nyak nak dipikir..(haha bnyak sngt ke?) kukui.. saje2 uat nyak pk.. beban2x.. hihi.. hurmm bosan ptg2 ni ha, xtau nk uat po,.apo lai belog la... sian belog aku nih, da lame x berusikkn.. nagis x?? haha (^_^) , hurmmnnty kita smbung lai okyh.. :) mUuuaHHxx,!  luv u belog. :)

Sunday, 23 October 2011

mari kita sama2 belajar dri kesilapan dan sama2 untuk berubah keadaan

'Sebolehnya janganlah kita jatuh ke dalam lubang yang sama dua kali. Mungkin kali pertama jatuh itu disebabkan kejahilan kita.. maka belajarlah daripada kesilapan itu. Namun, jika kita masih jatuh di lubang yang sama.. itu tandanya kita masih degil dan tak mahu berubah'

Ya.. tak dinafikan kita sering kali diuji dengan pelbagai cabaran dan dugaan dalam hidup kita. Jatuh bangun adalah lumrah dalam kehidupan. Kegagalan itu hakikatnya adalah satu bentuk ujian dan pada masa yang sama kegagalan itu juga adalah didikan buat kita. Dalam apa jua situasi dan masa, kita sebenarnya sedang belajar dan dididik. Maka belajarlah daripada kegagalan kita dan cuba untuk berubah. Hidup ini sememangnya menuntut perubahan. Sentiasalah kita ingat bahawa belajar daripada kegagalan dan kesilapan itu adalah bertujuan untuk mengubah diri kita menjadi yang lebih baik.

Kita akan kalah kalau kita tak berubah dan biarlah perubahan itu mengikut haluan dan kawalan kita sendiri. Hidup umpama berlayar di lautan. Kita mungkin tak mampu mengubah arah tiupan angin tapi kita mampu mengubah layar kapal kita. Kita tak mampu melawan takdir tapi kita mampu mentadbir dengan keizinan-Nya.

Malangnya ramai yang tak mahu berubah menjadi yang lebih baik. Kita masih lagi leka dan degil. Kita tidak cuba berubah kerana takut dengan kegagalan dan khuatir dengan ujian hidup. Kita masih ingin terus berada di zon selesa. Lumrah kehidupan pasti ada dugaan dan cabaran. Dengan dugaan dan cabaran inilah kita dituntut untuk berubah. Bagaimana nak berubah dan berjaya dalam hidup kalau kita tak belajar daripada kegagalan? Ujian hidup lah yang akan mematangkan dan mengubah diri menjadi yang lebih baik.

Apa yang menghalang kita untuk berubah? Kita seringkali inginkan orang lain, keadaan, atau perkara di sekeliling kita terlebih dahulu berubah dan bukan kita sendiri. Semuanya mengharapkan apa yang di luar kawalan kita berubah dahulu. Hakikatnya, kita yang harus berubah dahulu, barulah yang persekitaran atau orang lain di sekeliling kita ikut berubah. Mereka berubah disebabkan kita yang berubah dahulu.

'Aku boleh menjadi anak yang baik kalau ibubapaku mendidik aku dengan baik... aku boleh jadi murid yang baik kalau aku mempunyai guru yang bagus dan mengajarku dengan baik'... Ini lah silap kita. Mahukan yang baik-baik di sekeliling kita tapi kita tak mahu berusaha berubah ke arah itu. Ibubapa atau guru akan melayan dan mendidik kita dengan baik jikalau kita terlebih dahulu berusaha menjadi anak atau murid yang baik. Contoh yang mudah untuk kita renung-renungkan.

Selalu kita beringat, setiap dugaan itu bahkan segala kenikmatan dan kesenangan yang kita perolehi adalah satu bentuk didikan yang menuntut kita untuk berubah. Untuk itu, sentiasalah bersiap dan bersedia untuk berubah menjadi yang lebih baik pada setiap masa. Didiklah jiwa kita secara berterusan dan InsyaAllah kebaikan pasti akan datang secara berterusan