Blogger Templates

Sunday, 23 October 2011

mari kita sama2 belajar dri kesilapan dan sama2 untuk berubah keadaan

'Sebolehnya janganlah kita jatuh ke dalam lubang yang sama dua kali. Mungkin kali pertama jatuh itu disebabkan kejahilan kita.. maka belajarlah daripada kesilapan itu. Namun, jika kita masih jatuh di lubang yang sama.. itu tandanya kita masih degil dan tak mahu berubah'

Ya.. tak dinafikan kita sering kali diuji dengan pelbagai cabaran dan dugaan dalam hidup kita. Jatuh bangun adalah lumrah dalam kehidupan. Kegagalan itu hakikatnya adalah satu bentuk ujian dan pada masa yang sama kegagalan itu juga adalah didikan buat kita. Dalam apa jua situasi dan masa, kita sebenarnya sedang belajar dan dididik. Maka belajarlah daripada kegagalan kita dan cuba untuk berubah. Hidup ini sememangnya menuntut perubahan. Sentiasalah kita ingat bahawa belajar daripada kegagalan dan kesilapan itu adalah bertujuan untuk mengubah diri kita menjadi yang lebih baik.

Kita akan kalah kalau kita tak berubah dan biarlah perubahan itu mengikut haluan dan kawalan kita sendiri. Hidup umpama berlayar di lautan. Kita mungkin tak mampu mengubah arah tiupan angin tapi kita mampu mengubah layar kapal kita. Kita tak mampu melawan takdir tapi kita mampu mentadbir dengan keizinan-Nya.

Malangnya ramai yang tak mahu berubah menjadi yang lebih baik. Kita masih lagi leka dan degil. Kita tidak cuba berubah kerana takut dengan kegagalan dan khuatir dengan ujian hidup. Kita masih ingin terus berada di zon selesa. Lumrah kehidupan pasti ada dugaan dan cabaran. Dengan dugaan dan cabaran inilah kita dituntut untuk berubah. Bagaimana nak berubah dan berjaya dalam hidup kalau kita tak belajar daripada kegagalan? Ujian hidup lah yang akan mematangkan dan mengubah diri menjadi yang lebih baik.

Apa yang menghalang kita untuk berubah? Kita seringkali inginkan orang lain, keadaan, atau perkara di sekeliling kita terlebih dahulu berubah dan bukan kita sendiri. Semuanya mengharapkan apa yang di luar kawalan kita berubah dahulu. Hakikatnya, kita yang harus berubah dahulu, barulah yang persekitaran atau orang lain di sekeliling kita ikut berubah. Mereka berubah disebabkan kita yang berubah dahulu.

'Aku boleh menjadi anak yang baik kalau ibubapaku mendidik aku dengan baik... aku boleh jadi murid yang baik kalau aku mempunyai guru yang bagus dan mengajarku dengan baik'... Ini lah silap kita. Mahukan yang baik-baik di sekeliling kita tapi kita tak mahu berusaha berubah ke arah itu. Ibubapa atau guru akan melayan dan mendidik kita dengan baik jikalau kita terlebih dahulu berusaha menjadi anak atau murid yang baik. Contoh yang mudah untuk kita renung-renungkan.

Selalu kita beringat, setiap dugaan itu bahkan segala kenikmatan dan kesenangan yang kita perolehi adalah satu bentuk didikan yang menuntut kita untuk berubah. Untuk itu, sentiasalah bersiap dan bersedia untuk berubah menjadi yang lebih baik pada setiap masa. Didiklah jiwa kita secara berterusan dan InsyaAllah kebaikan pasti akan datang secara berterusan

No comments:

Post a Comment