Blogger Templates

Tuesday 23 August 2011

mEnCIntaI x SEmestinYa meMiLiKi,... TerIma iA seadaNYA

Percintaan sesuatu yang sukar untuk ditafsirkan. Ada yang mengatakan percintaan itu sesuatu yang indah hakikatnya dalam percintaan kesedihan dan kegembiraan ada didalamnya.

Bagaimana pula dengan maksud menyintai bukan bermakna memiliki?

Bukan semua perkara yang kita inginkan dapat kita kecapi dan begitu juga dengan percintaan. Pasangan yang bercinta bukan semuanya akan berakhir ke jinjang pelamin. Inilah hakikat yang kita perlu hadapi. Malah ada juga pasangan yang lebih kejam, "jika aku tidak dapat memiliki dirimu, akan aku pastikan tiada siapa lagi akan memiliki dirimu”. Dalam situasi ini ada yang sampai sanggup membunuh kerana cinta. Adakah percintaan itu masih sesuatu yang indah jika berlaku kes sebegini? Adakah perlu untuk kita hanya mengharapkan tuhan memenemukan jodoh kita?


Ada satu cerita, Seorang murid bertanya kepada gurunya,


“Cikgu, bagaimana kita nak tahu yang pasangan yang kita pilih adalah yang terbaik ?”


Kemudian guru terbabit menyuruh anak muridnya ke padang,


“Ok, sekarang kamu pergi cari rumput yang paling sempurna tapi kamu tidak boleh berundur ke belakang”


Selepas itu murid terbabit pergi mencari rumput dan setelah itu, dia berjumpa dengan guru dengan tidak membawa sebarang rumput.


“Saya tidak jumpa rumput yang terbaik, apabila saya pilih nampak satu rumput saya rasa di hadapan sana ada lebih banyak yang terbaik tetapi bila saya ke depan saya rasa yang sebelumnya lebih baik tetapi saya tidak boleh berpatah balik ke belakang”


Maksudnya, menerima seadanya pasangan anda jika dia benar-benar menyintai dirimu. Jangan kita mengharapkan yang lebih baik tetapi akhirnya kita kecewa dan menyesal dengan tindakan kita.


Cinta yang tak berbalas itu mengecewakan, Putus cinta itu lebih menyeksakan.

No comments:

Post a Comment